Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perai, P Ramasamy mengumumkan keluar parti DAP pada pagi Khamis.
Ramasamy berkata, beliau turut meletakkan semua jawatannya dalam parti itu berkuat kuasa pada Khamis.
Beliau berkata, surat peletakan jawatan sebagai ahli DAP dan Pengerusi DAP Cawangan Chai Leng Park telah diserahkan kepada Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook pada jam 8.24 pagi.
Selain itu, beliau turut menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang kepada Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.
“Setelah berbincang dengan ahli keluarga, rakan terdekat dan orang tertentu, saya mengumumkan keluar parti dan meletakkan semua jawatan dalam DAP,” katanya pada sidang akhbar di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Perai, pada Khamis. – JURNAL
Sumber: Sinar Harian