Penyanyi dan komposer, Ahmad Dhani secara rasmi melarang penyanyi, Once Mekel untuk membawakan lagu-lagu Dewa 19, sepanjang tampil di konsertnya.
Peguam Dhani, Aldwin Rahadian mengeluarkan kenyataan rasmi kepada media Indonesia berhubung perkara itu.
“Dengan jelas, kami menyampaikan larangan kepada Once menyanyikan lagu-lagu Dewa 19 dalam konsert tahun ini. Kalau itu dipertimbangkan, dianggap tak melawan hukum, silakan cuba.
“Ini sebahagian daripada peringatan awal secara terbuka. Silakan kalau masih mahu mencuba dan kita akan lihat dan uji,” katanya.
Menurutnya, majoriti lagu-lagu Dewa 19 adalah ciptaan Dhani dan Once tidak pernah meminta keizinan untuk mempersembahkan lagu itu di luar serta tidak dibayar royalti.
“Ini khusus untuk lagu-lagu Dewa 19 yang diciptakan Dhani. Selama ini, kebanyakan lagu-lagu Dewa itu, Dhani yang ciptakan. Itu yang menjadi keberatan Dhani. Selama ini, tidak ada permohonan izin dan tidak memberikan royalti.
“Dhani itu, bukan orang yang tidak boleh menerima pendapat orang lain. Kemudian, imbauannya dibalas dengan baik dengan cara sahabat dan bersiap sedia untuk berkomunikasi. Tak ada masalah,” katanya. – JURNAL