Nama Wahab tiba-tiba menjadi trending di aplikasi X dan menjadi sebutan di media sosial sepanjang hari ini (Jumaat).
Semuanya gara-gara sebuah rakaman video yang memaparkan perbualan lucah seorang individu yang sangat dikenali yang berulang kali menyebut nama ‘Wahab’.
Hari ini rata-rata pengguna laman sosial memulakan ‘troll’ berkaitan ‘Wahab’ bersama seorang lagi individu dikenali sebagai ‘A’.
Antara hantaran yang menarik perhatian ialah apabila ada netizen menggabungkan nama ‘Wahab’ dan ‘A’ menjadi logo makanan segera popular A&W.
“Makanan paling popular hari ini A&W,” tulis seorang netizen di aplikasi X.
Lantaran tersebarnya video yang dianggap tidak bermoral itu, ada di antara netizen yang meminta tindakan dikenakan kepada dua individu terlibat. – JURNAL