Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan akui terharu apabila mendapat sokongan dan restu daripada keluarga mentua kepada hubungannya dan isteri, Nur Qistina Lim.
“Ianya berkat sokongan dan doa serta restu semua pihak khusus kepada ahli keluarga kedua-dua belah pihak.
“Untuk makluman, saya sungguh bersyukur kepada Allah SWT kerana melalui perkenalan yang singkat telah memberi hidayah kepada isteri saya untuk memeluk agama Islam dan mendapat sokongan daripada kedua ibu bapanya dan merestui hubungan kami.
“Saya juga berterima kasih kepada anak-anak dan adik beradik saya kerana menerima Qistina Lim ke dalam keluarga kami dan menjadi ibu kepada anak-anak saya begitu juga kepada anak-anak Qistina yang menerima saya sebagai ahli keluarga mereka walaupun kita berlainan agama dan bangsa,” ucapnya.
Musa berkata demikian dalam ucapannya ketika majlis resepsi perkahwinan pada malam Sabtu lalu.
Sebelum ini, Musa berkahwin dengan isteri pertamanya iaitu Juriah Ahmad namun telah meninggal dunia pada Mei 2019.
Kemudian, dia berkahwin kali kedua dengan Elly Afizahwati Abdul Jalil yang mana pada 30 Mac lalu dia telah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah. – JURNAL