Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal mengemukan permohonan untuk membatalkan tiga pertuduhan pengubahan wang haram ke atas dirinya.
Peguam bela bekas Perdana Menteri itu , Hisyam Teh Poh Teik memaklumkan perkara tersebut kepada Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini.
Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Muhyidin membatalkan empat pertuduhan salah guna kuasa yang dikaitkan dengan program Jana Wibawa. Bagaimanapun, pihak pendakwaan mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Rayuan untuk membatalkan pembebasan itu.
Hisyam memaklumkan hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi mengenai hasrat pasukan pembelaan untuk membatalkan tiga pertuduhan pengubahan wang haram itu. – JURNAL
Sumber: ASTRO AWANI