Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengingatkan gabungan itu agar tidak terlalu yakin walaupun sambutan pengundi terhadap calon PN, Mohd Rizwadi Ismail, amat positif.
“Kita telah diberi data serta maklumat terperinci tentang apa yang sedang berlaku di bawah dan sambutan daripada pengundi Nenggiri sangat memberangsangkan.
Beliau menyatakan bahawa sokongan pengundi Nenggiri, termasuk kawasan Orang Asal yang sukar ditembusi, semakin memberangsangkan.
Namun, Muhyiddin menekankan pentingnya baki tiga hari terakhir sebelum Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri pada Sabtu ini, sebagai waktu kritikal.
Beliau merayu pengundi luar agar pulang ke kampung untuk mengundi, bagi memastikan peratusan keluar mengundi tidak merosot.
“Semangat dan sokongan penduduk di sini luar biasa, tapi kalau pengundi luar tidak pulang, ia boleh menjejaskan keputusan,” katanya.
Muhyiddin turut menyatakan beliau akan terus memberi tumpuan di kawasan-kawasan yang memerlukan sehingga hari pengundian pada 16 Ogos. – JURNAL
Sumber: Sinar Harian