Kementerian Pengangkutan (MOT) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada syarikat penerbangan AirAsia yang komited dalam menyokong inisiatif kerajaan dalam mengurangkan kadar harga tambang dan menambah bilangan kekerapan penerbangan semasa musim perayaan.
Menterinya, Anthony Loke beliau berbesar hati dengan inisiatif syarikat penerbangan tersebut,meskipun terdapat kekangan operasi.
“Kerajaan berusaha keras menjalin kerjasama dengan syarikat-syarikat penerbangan demi memastikan rakyat Malaysia dapat bersiap sedia untuk pulang ke kampung halaman dengan kadar penerbangan yang berpatutan bagi meraikan sambutan aidilfitri bersama keluarga tercinta.
“MOT juga menyeru dan menggalakkan syarikat-syarikat penerbangan yang lain untuk bersama-sama menyokong inisiatif seperti ini dalam membantu mengurangkan kos penerbangan rakyat,” katanya.
AirAsia pada Selasa AirAsia melancarkan kempen ‘Balik Kampung with Fixed Fares’ di RedQ, KLIA2.
Selain Anthony Loke, turut hadir bersama Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Haji Hasbi Habibollah dan Ketua Pegawai Eksekutif, Capital A, Tan Sri Tony Fernandes.
Bersempena perayaan ini, AirAsia akan menawarkan penerbangan tambang murah sehala iaitu hanya RM199 dari Kuala Lumpur ke Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri, juga dari Johor Bahru ke Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri.
Manakala penerbangan sehala dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu dan Tawau juga dari Johor Bahru ke Kota Kinabalu dengan tambang hanya RM249.
Selain penerbangan khas ini, AirAsia juga akan beroperasi dengan 292 penerbangan mingguan pada tambang biasa ke laluan yang sama untuk memenuhi permintaan yang tinggi kepada pengguna.
AirAsia juga telah bekerjasama dengan BigPay untuk menawarkan pengguna BigPay diskaun 5% untuk semua penerbangan AirAsia selama setahun dengan menggunakan kod promosi “BIGPAY5”.
Jika anda belum miliki kad BigPay, anda boleh mendaftar dan menggunakan refferal code ini 1GZSREAKLO untuk mendapatkan kredit sebanyak RM5. – JURNAL