Anakanda kepada Raja Charles III, Putera Harry pernah mendedahkan beliau hilang teruna kepada wanita lebih tua daripadanya ketika berumur 17 tahun di belakang sebuah pub di Sherston.
Harry menceritakan tentang ‘peristiwa bersejarah’ itu menerusi buku memoirnya, Spare.
Selepas pengakuan tersebut, ramai yang menyebut nama seorang model dikenali sebagai Suzannah Harvey sebagai wanita yang bertanggungjawab ‘meragut’ teruna kerabat diraja Britain itu.
Bagaimanapun, Harvey seperti yang dilaporkan portal berita The Sun hanya menutup mulut dan tiada pengakuan yang keluar dari mulutnya.
Dikhabarkan ketika kejadian, Harvey berumur 23 tahun dan kini sudah berusia 44 tahun.
Malah ketika wartawan Daily Mail ke rumahnya di Cotswolds, Harvey telah memintanya meninggalkan kediaman sebelum dia menghubungi polis.
Sebelum ini, aktres Britain terkenal, Elizabeth Hurley, 57, menafikan bahawa dia ialah wanita yang menyebabkan Putera Harry hilang teruna selepas khabar angin mengenainya mula bertiup kencang. – JURNAL
Sumber: The Sun