Amirah Aqilah Firdaus atau lebih dikenali sebagai Mira mengakui hubungan cinta bersama pempengaruh media sosial, View Chin hanya bermula setelah pasangan suami isteri itu berpisah.
Mira menerusi hantaran yang dimuat naik di Insta Story di akaun Instagramnya, turut memohon maaf secara terbuka kepada bekas isteri View Chin, Shermine Hau Ah Moi dan anak-anaknya.
“Saya Amirah Aqilah Firdaus ingin memohon maaf kepada Shermine, Sylvia, Scarlett and Shyane setelah apa yang berlaku.
“Saya rasa menyesal dan mengakui segala kesilapan saya. Tetapi hubungan saya dan View Chin bermula setelah mereka telah sah bercerai.
“Bukan semasa mereka masih bersama seperti yang telah tular sekarang,” tulisnya.
Tambah Mira, dia tidak mempunyai sebarang kaitan dengan hubungan penceraian itu dan sanggup menerima segala kecaman dengan hati yang terbuka.
Terdahulu, krisis rumah tangga pasangan View Chin dan Shermine bergolak selepas bekas isterinya itu mendedahkan kecurangan di media sosial baru-baru ini.
Setelah pendedahan itu dibuat, hanya View Chin dan Shermine sahaja yang memuat naik hantaran di media sosial manakala Mira tidak memunculkan diri sehinggalah sekarang.
View Chin turut membuat pengakuan secara ekslusif bersama Kosmo!, bahawa dia telah bersedia memeluk agama Islam dan bakal mengahwini Mira. – JURNAL
Sumber: KOSMO! ONLINE.