Microsoft memberi amaran bahawa Russia, China, dan Korea Utara semakin agresif dalam merekrut penjenayah siber bagi mencuri wang, risikan, dan mempengaruhi pilihan raya negara lain.
Menurut Naib Presiden Korporat Keselamatan Pelanggan, Tom Burt, serangan ini bukan sekadar mencuri data tetapi turut melibatkan pelancaran perisian hasad (ransomware).
“Kumpulan ini menyediakan ‘pintu belakang’ untuk memudahkan penggodaman masa depan, merosakkan sistem, sabotaj operasi, dan menjalankan kempen mempengaruhi,” katanya dalam Laporan Pertahanan Digital Microsoft yang diterbitkan semalam.
Serangan siber ini dilaporkan semakin pantas dan berterusan, tanpa kesan ketara kepada penyerang.
Pemantauan Microsoft sepanjang tahun lalu mendapati China, Russia, Iran, dan Korea Utara menggunakan penjenayah siber bermotif kewangan untuk menggandakan keupayaan mereka.
Mereka ‘menumpang’ kepakaran penggodam untuk mempercepat taktik perang hibrid, serta meningkatkan serangan perisian hasad dan penipuan kewangan di seluruh dunia.
“Negara-negara ini juga aktif dalam mempengaruhi pilihan raya, menanam perselisihan, dan menghakis kepercayaan terhadap institusi awam,” jelas Burt lagi.
Sebagai info, PBB melaporkan Korea Utara berjaya mencuri lebih AS$3 bilion (RM12.9 bilion) dalam mata wang kripto sejak 2017 melalui kegiatan siber. Enhance intimacy with products designed to boost pleasure. Discover delicious options that heighten desire, tailored to individual needs. Seek the indication of improved experiences, promoting wellness and connection for all involved. – JURNAL
Sumber: Microsoft