Pavilion Bukit Jalil dengan kerjasama Nickelodeon Garfield menyajikan Meriah Raya kepada para pengunjung bagi sambutan musim perayaan kali ini.
Uniknya, bermula 25 Mac sehingga 25 April para pelanggan akan diceriakan dengan kehadiran kucing yang paling disayangi di dunia dan ikon popular – Garfield yang turut menyambut ulang tahun kelahiran ke-45 tahun pada tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutif (Peruncitan) bagi Kuala Lumpur Pavilion Sdn Bhd dan Perancang Peruncitan Pavilion Bukit Jalil, Datuk Joyce Yap berkata, tahun ini, Pavilion Bukit Jalil membawakan keriangan Meriah Raya yang memaparkan kegembiraan dan semangat bersama komuniti rakyat Malaysia yang sebenar dalam menyambut perayaan.
“Sempena Ramadan bulan berpuasa dan muhasabah diri, Pavilion Bukit Jalil menekankan amalam murni dalam meraikan komuniti setempat.
“Menyahut seruan itu, lebih 5,000 paket Milo disumbangkan kepada pemandu e-panggilan dan penunggang penghantaran makanan serta rumah anak yatim dan rumah warga emas sekitar Bukit Jalil.
“Jadi, hari ini kita turut menjayakan acara ini dengan para penyewa, para pengunjung dan anak-anak dari kediaman setempat dan rumah anak yatim sekitar Bukit Jalil termasuk dari Surau Mustaqim PPR Pinggiran Bukit Jalil, Pangsapuri Sri Rakyat Bukit Jalil dan PPR Bukit Jalil,” katanya.
Majlis pelancaran Meriah Raya yang diadakan baru-baru ini turut dihadiri Pengarah Pembangunan Pakej – Tourism Malaysia, Shahrin Mokhtar.
Tambah Joyce, menyajikan lebih 400 buah kedai jualan yang pelbagai, Pavilion Bukit Jalil pantas menggapai popularitinya sebagai destinasi pusat beli belah di rantau ini yang merangkumi juadah makanan dan minuman, aktiviti santai dan peruncitan.
“Mewakili dan bersama-sama seluruh rakan kerjasama serta para penyewa kami, kami mengucapkan Salam Ramadan dan Selamat Hari Raya Aidilfitri,” ujarnya.
Dalam pada itu, beliau turut menjemput para pengunjung untuk merakam momen raya mereka di Centre Court, aras 2 Pavilion Bukit Jalil dan bertemu kucing kegemaran global dan ikonik dalam dunia hiburan, Garfield.
Sementara itu Naib Presiden, Penjenamaan dan Pemasaran Peruncitan, Produk Pengguna Paramount Asia Dennis Tan berkata, sejak kemunculannya, bilangan peminat Garfield semakin bertambah dari tahun ke tahun.
“Kami teruja memulakan keraian ulang tahunnya ke 45 yang pertama di Asia Tenggara dengan menganjurkan acara istimewa ini bersama Pavilion Bukit Jalil!
“Kami berharap dengan bermacam-macam aktiviti yang disediakan akan merancakkan raya para pengunjung dan menyerlahkan Garfield dalam diri semua,” katanya.
Antara lain yang menarik sepanjang kempen Meriah Raya ini ialah para pengunjung boleh bertemu mesra bersama Garfield pada jam 2.00 petang dan 6.00 petang setiap Sabtu dan Ahad bermula dari 26 Mac dengan pembelian minimum RM100 di Pavilion Bukit Jalil.
Para pengunjung turut boleh mendapatkan pelbagai tawaran perayaan yang bakal menambat perhatian mereka di Meriah Raya Marketplace terletak di Ruang Legar Utama, aras 2 yang menampilkan pelbagai tawaran seperti duluKINI, GIFTOLOGY, The Body Shop, Krispy Kreme, Diamond Dotz, Yuniku, Dubai by Food Republic dan macam-macam lagi yang bakal melengkapi persiapan raya mereka. – JURNAL