Bagi meraikan International French Fry Day, McDonald’s Malaysia dan Menara KL berganding bahu menonjolkan paparan indah yang menerangi langit malam Kuala Lumpur dengan ‘The Tallest French Fry in Malaysia’.
Sebagai pengiktirafan terhadap pendekatan kreatif dan unik untuk sambutan International French Fry Day, McDonald’s Malaysia juga direkodkan dalam Malaysian Book of Records untuk ‘The Tallest French Fry in Malaysia.’
Sijil Pencapaian telah disampaikan oleh Jwan Heah Yeow Hooi, Ketua Pegawai Pemasaran, Malaysian Book of Records kepada Melati semasa acara ini berlangsung.
Naib Pengerusi dan Ketua Pegawai Pemasaran, McDonald’s Malaysia, Melati Abdul Hai, berkata, pengiktirafan daripada Malaysian Book of Records secara langsung mengukuhkan lagi komitmen mereka dalam mencari cara baharu dan kreatif untuk mendekati rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang.
“Acara ini merupakan penghargaan kepada rakyat Malaysia tanpa mengira usia, dengan kecintaan mereka terhadap McDonald’s French Fries yang cukup digemari.
“Sambutan yang luar biasa ini secara langsung mengetengahkan bagaimana McDonald’s French Fries mampu mengumpulkan ramai orang, mengajak mereka berbual bersama dan menjadi antara hidangan yang sangat dicintai dan popular di restoran McDonald’s.
“Ini adalah dedikasi dedikasi McDonald’s, bukan sahaja dalam menyediakan makanan yang lazat, tetapi juga kenangan terindah atau ‘feel-good moments’ untuk pelanggan kami. Ini tidak akan mampu tercapai tanpa sokongan berterusan daripada rakyat Malaysia,” kata Melati.
Pada 13 Julai lalu, bermula 8 malam hingga 11.59 malam, Menara KL ditransformasi menjadi McDonald’s French Fry yang luar biasa besarnya, sekaligus menyatukan dua ikon yang cukup dekat di hati rakyat Malaysia.
“Acara pada malam ini merupakan penghormatan dan tanda terima kasih yang tidak terhingga kepada pelanggan setia kami.
“Ini juga merupakan usaha kami mencipta pengalaman yang tidak dapat dilupakan, melalui kegembiraan yang dibawa oleh ikon-ikon ini dalam kehidupan rakyat Malaysia,” kata Melati lagi.
Kerjasama antara McDonald’s Malaysia dan Menara KL menjadi lebih istimewa dengan kehadiran ikon muzik Malaysia, Datuk Sheila Majid, yang cukup dikenali sebagai ‘Ratu Jazz’, untuk memeriahkan sambutan ini.
Kepada para pelanggan McDonald’s jika ada mengambil swafoto dengan ‘The Tallest French Fry in Malaysia’ layak menebus McDonald’s French Fries bersaiz kecil secara percuma dengan setiap pembelian McValue Meal di mana-mana restoran McDonald’s di seluruh negara.
Bagi memeriahkan lagi sambutan ini, mulai 14 hingga 16 Julai 2023, pelanggan yang membeli mana-mana set McValue Meal bersaiz medium atau besar layak untuk pembelian McDonald’s French Fries bersaiz kecil dengan harga hanya RM2.*
Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran menarik McDonald’s sempena International French Fry Day, layari www.mcdonalds.com.my. – JURNAL