Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengesahkan telah menerima laporan bertulis berhubung insiden pelampung permainan gelongsor air kaca yang terjatuh dan mencederakan seorang pengunjung di sebuah taman tema terkenal di Shah Alam.
Bagaimanapun, beliau akan menunggu Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada Rabu ini bagi mendapatkan laporan penuh sebelum memanggil Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) serta pihak pengurusan taman tema berkenaan.
“Saya akan panggil mereka (pengurusan taman tema) atau pihak majlis (MBSA), tapi saya nak tunggu mesyuarat Exco (MMKN) Rabu ini untuk kita dapat laporan penuh. Saya sudah baca laporan bertulis, tapi kita nak tunggu laporan seterusnya dan minta mereka segera patuh kepada ketetapan pihak berkuasa,” katanya.
Terdahulu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim mengesahkan seorang pengunjung mengalami kecederaan akibat tertimpa pelampung permainan yang jatuh dalam kejadian yang berlaku pada malam 29 Januari lalu di taman tema Seksyen 7, Shah Alam.
@mierull_fpv2Baru nk naik 😂 sekali pelampung jatuh . Seremmm martttt . Batal terus laa niat yee 🤭
Dalam perkembangan lain, Amirudin turut menyeru ketua-ketua kampung untuk menguasai teknologi maklumat bagi mengoptimumkan penyeliaan kebajikan masyarakat, selain membantu pelaksanaan dasar negeri seperti Khairat Darul Ehsan dan Iltizam Selangor Penyayang. – Jurnal
Sumber: Harian Metro