Selepas menjalankan tinjauan pendapat mengenai penggunaan menu kod QR di restoran dan kedai makan, majoriti pembaca jurnal berpendapat teknologi tersebut menyusahkan.
Ini terbukti apabila seramai 43.75 peratus pengundi memilih ‘menyusahkan’ sementara hanya 25 peratus memilih memudahkan.
Bagaimanapun 31.25 peratus lagi memilih bergantung kepada situasi.
Di laman sosial, ada di antara netizen berpendapat pengusaha kedai perlu melaksanakan penggunaan menu elektronik ini secara menyeluruh termasuk menyediakan kemudahan wi-fi di premis masing-masing.