Selepas menjalankan tinjauan pendapat ‘Cagar Caruman KWSP Kurang Beban Atau Tambah Hutang’, pembaca JURNAL majoriti menanda pilihan jawapan ‘menambah hutang’.
Sebanyak 89.66 peratus memilih menambah hutang, dan menerusi ruangan komen kebanyakannya menyatakan kebimbangan terhadap kadar faedah tinggi yang akan dikenakan pihak bank jika cagaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dilaksanakan.
Hanya 10.34 peratus berpendapat cadangan yang diusul pada sesi penggulungan usul Belanjawan 2023 di Parlimen, oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.
– JURNAL