Selepas 48 jam JURNAL menjalankan tinjaun pendapat mengenai i-Sayang dan meminta pembaca membuat pilihan para suami secara sukarela atau tidak perlu membuat caruman sebanyak 2 peratus ke akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) isteri.
Tiga pilihan jawapan telah diberikan, namun sebanyak 52.94 peratus memilih ‘tidak perlu’, 47.06 peratus ‘sukarela’ untuk mencarum kepada isteri dan 0 peratus bagi ruangan ‘paksaan’.
i-Sayang merupakan satu inisiatif kerajaan menghargai sumbangan isteri yang membolehkan suami memindahkan dua peratus caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) syer pekerja secara sukarela ke akaun isteri.
Kemudahan i-Sayang diperkenalkan KWSP pada November 2021 yang membolehkan pemindahan sukarela dua peratus caruman KWSP daripada akaun suami ke akaun Isteri.
Bagaimanapun Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur sikap segelintir suami yang masih ‘berkira’ untuk memberi sumbangan caruman KWSP kepada isteri menerusi inisiatif i-Sayang. – JURNAL