Mahkamah Rayuan hari ini menolak permohonan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, untuk mengembalikan empat tuduhan salah guna kuasa yang melibatkan dana berjumlah RM232.5 juta.
Keputusan tersebut dibuat oleh panel lima hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan oleh Datuk Azizah Nawawi, bersama-sama Datuk Ruzima Ghazali, Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim, Datuk Azman Abdullah, dan Datuk Azhahari Kamal Ramli.
Pada 15 Ogos tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membebaskan Muhyiddin daripada empat tuduhan yang mendakwa beliau menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah sebanyak RM232.5 juta bagi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
Pembebasan tersebut diputuskan oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Muhammad Jamil Hussin, selepas membenarkan permohonan Muhyiddin untuk membatalkan tuduhan berkenaan. – JURNAL
Sumber: Berita Harian