Magic Cooking Cube Delish membawa revolusi dalam dunia masakan, terutamanya bagi mereka yang ingin menyediakan hidangan tradisional dengan cara yang mudah dan cepat.
Dengan pelbagai pilihan rasa seperti Kari Malaysia, Soto & Bakso, Asam Pedas, Gulai Padang, Tom Yam Putih, Masak Paprik, Oden, Tikka Masala, dan Masam Manis, produk ini memenuhi cita rasa Asia yang kaya dan beraneka.
Produk ini sangat sesuai untuk mereka yang sibuk seperti wanita berkerjaya, pelajar, serta pengembara yang ingin menikmati masakan rumah tanpa perlu bersusah payah.
Magic Cooking Cube Delish telah dirumus khas dengan kandungan garam yang rendah dan bebas daripada gelatin, toksin, serta bahan tenusu, menjadikannya pilihan yang lebih sihat dan selamat untuk pengguna.
Disahkan halal oleh JAKIM dan dilengkapi dengan sijil GMP serta MESTI, produk ini telah mula menembusi pasaran antarabangsa dengan jayanya.
Satu kelebihan besar Magic Cooking Cube Delish adalah kesederhanaan dalam penggunaannya.
Dengan hanya menambah air, protein seperti ayam atau daging, dan sayur-sayuran, anda boleh menyediakan hidangan yang lazat dan memuaskan.
Produk ini tidak memerlukan penyimpanan dalam peti sejuk, dan satu kiub mencukupi untuk menyediakan hidangan untuk satu hingga tiga orang.
Ini menjadikannya pilihan utama bagi pelajar yang tinggal di asrama atau sesiapa sahaja yang memerlukan penyelesaian masakan yang mudah dan pantas.
Selain itu, produk ini juga disasarkan kepada perniagaan seperti hotel, restoran, dan katering, yang memerlukan perencah berkualiti tinggi dalam kuantiti besar.
Dengan proses pembuatan melibatkan tiga fasa iaitu spray dry, freeze dry, dan mampatan, Magic Cooking Cube Delish menjamin kualiti tinggi serta kesegaran dalam setiap kiub. – JURNAL