Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur mengarahkan supaya suami pelakon Miera Leyana iaitu Rosland Othman dan isteri pertamanya, Adibah Abdul Mutalib melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka.
Perkara itu dimaklumkan peguam syarie, Datuk Khairul Anwar Rahmat yang mewakili Adibah selepas pergurusan kes itu dihadapan Penolong Pendaftar Seri Ariful Asyikin Mohamad Yusuf, semalam.
BACA: Madu Miera Leyana Dakwa Diabaikan Suami, Setahun Lebih Anak-anak Tidak Diberi Nafkah
Menurutnya, mahkamah mengarahkan JKP selepas Adibah, 50, selaku defendan tidak bersetuju dengan tindakan suaminya untuk bercerai.
“Anak guam kami berpendapat bahawa ikatan perkahwinan selama 28 tahun ini masih perlu dipertahankan dan perkahwinan tidak sewenang-wenangnya dibubarkan.
“Tetapi Alhamdulilah mahkamah telah menerima hujah kami (bantah cerai) dan dua-dua pihak perlu melantik JKP supaya hakim syarie sendiri dapat tentukan kedudukan kes ini,” katanya.
Sementara itu, seorang lagi peguam syarie Mohd Junid Ramli yang mewakili Adibah berkata pada plaintif mahu meneruskan lafaz cerai hari ini namun tetap dibantah anak guamnya.
BACA: Bukan Setakat Sekat Nombor Telefon Madu, Suami Miera Leyana Turut ‘Culik’ Anaknya
Sehubungan itu, mahkamah menetapkan 3 Mei ini untuk pihak-pihak memaklumkan kepada mahkamah wakil JKP masing-masing.
Dalam prosiding hari ini, Rosland, 50, turut hadir ke mahkamah dengan ditemani wakil peguam syarienya. Rosland selaku plaintif memfailkan permohonan cerai itu mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Untuk info dalam proses perceraian, JKP terdiri daripada anggota keluarga yang rapat dengan pasangan terbabit akan memberi nasihat dan mencari jalan penyelesaian.
BACA: “Tolonglah, Bagi Saya Jumpa Dia…” – Madu Miera Leyana Terkilan Dihalang Lawat Anak Sakit
Sebelum ini media melaporkan Adibah mahu terus mempertahankan rumah tangga bersama suaminya meskipun perkahwinan dilanda badai sejak dua tahun lalu.
Wanita itu mengaku masih sayangkan rumah tangga yang dibina sejak 28 tahun lalu, meskipun suaminya berpoligami selepas berkahwin dengan Miera pada Julai 2020. – JURNAL
Sumber: KOSMO!