Banjir disebabkan oleh hujan lebat bermusim di utara Thailand, membunuh lima orang dan menenggelamkan lebih 2,000 hektar tanah ladang, kata pegawai kerajaan pada Khamis, dengan beribu-ribu rumah terjejas.
Perdana Menteri baharu, Paetongtarn Shinawatra sudah meminta bantuan untuk dihantar ke kawasan paling teruk terjejas di wilayah Chiang Rai, Nan dan Phayao.
Jabatan Pencegahan dan Tebatan Bencana berkata, 2,052 hektar tanah ladang musnah dan 12,777 isi rumah terjejas akibat banjir.
Kementerian kesihatan berkata, lima orang terbunuh dan 32 lagi cedera, dalam banjir sejak sebulan lalu. – JURNAL
Sumber: AFP