Penghantar makanan (rider p-hailing) yang tular di media sosial berjalan kaki sambil menggalas beg makanan selepas motosikalnya disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan didakwa di Mahkamah Majistret Seremban pada bulan Disember nanti.
Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusuf berkata, lelaki berusia 26 tahun itu diperintahkan hadir ke Mahkamah Majistret Seremban pada 18 Disember depan.
Semalam media melaporkan, JPJ mengesahkan sitaan terhadap motosikal milik penghantar makanan tersebut berikutan lesen kenderaan itu telah tamat tempoh sejak Februari lalu dan tiada insurans.
Tindakan menyita motosikal dilakukan JPJ atas tujuan menjaga keselamatan penunggang itu sendiri dan pengguna jalan raya lain kerana tidak dilindungi insurans. – JURNAL
Sumber: KOSMO!