Legenda bola sepak dunia Pele meninggal dunia pada usia 82 tahun di Hospital Albert Einstein, Sao Paulo.
Pele yang sedang menjalani rawatan itu mengumumkan meninggal dunia pada jam 3.27 petang.
“Mendiang meninggal dunia disebabkan pelbagai kegagalan organ akibat daripada penularan kanser kolon yang dikaitkan dengan situasi perubatannya sebelum ini,” memetik sebuah kenyataan.
Pele telah menjalani kemoterapi sejak pembedahan mengeluarkan tumor daripada kolon pada September 2021.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Pele mengalami beberapa masalah kesihatan, termasuk berkaitan tulang belakang, pinggul, lutut dan buah pinggang.
Dianggap sebagai pemain bola sepak terhebat, Pele merupakan satu-satunya pemain yang memenangi Piala Dunia sebanyak tiga kali dan menjulang trofi itu pada 1958, 1962 dan 1970. Dia menjaringkan 77 gol dalam 92 perlawanan untuk negaranya.
Pemergian satu-satunya pemain bola sepak yang memenangi Piala Dunia sebanyak tiga kali itu disahkan di akaun Instagramnya.
Pemain kebangsaan Brazil itu antara atlet terhebat dan terkenal dalam sejarah moden.
Berita pemergian Pele menerima ucapan takziah dan penghormatan dari seluruh dunia. – JURNAL