Lee Zii Jia, pemain perseorangan lelaki negara, berjaya meraih pingat gangsa di Sukan Olimpik Paris walaupun berdepan pelbagai cabaran dan kritikan.
Dalam temuramah bersama Astro Arena, Zii Jia kelihatan sebak mengenangkan perjalanan sukarnya sebelum mencapai kejayaan ini.
Dengarkanlah luahan hati, pemilik gangsa kedua negara Olimpik Paris 2024
Istimewa buat anda, rakyat Malaysia.
Bersatu kita teguh#GoForGold #SokongMalaysia #Paris2024 #KitaSemuaTeamMas pic.twitter.com/1tXSJLyJTi
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) August 5, 2024
Walaupun sering dikritik, Zii Jia tetap bersemangat untuk membuktikan kemampuannya.
Kejayaannya mengalahkan pemain India, Lakshya Sen selepas tewas di set pertama 13-21 sebelum meraih kemenangan 21-16, 21-11 menunjukkan ketabahan dan semangat juangnya.
Ini adalah pingat kedua negara di Paris, dan Zii Jia menyatakan bahawa ini hanyalah permulaan.
Beliau bertekad untuk bangkit lebih kuat demi mendapatkan pingat emas di Los Angeles 2028.
Pemain nombor tujuh dunia ini membuktikan bahawa dengan ketekunan dan keazaman, segala kritikan dapat diatasi dan kejayaan pasti dapat diraih. – JURNAL