Seorang wanita ditimpa nasib malang sebaik menyedari bahawa individu yang dicintainya selama ini merupakan lelaki yang berjantina perempuan.
Dia dikatakan mengetahui jantina teman lelakinya setelah dua tahun menjalinkan hubungan.
Menurut Mirror United Kingdom, wanita dan teman lelakinya berkenalan melalui laman mencari jodoh pada penghujung tahun 2016.
Teman lelakinya itu dikatakan membuat satu hantaran untuk mencari pasangan di laman berkenaan yang dikenali sebagai Plenty of Fish.
Mereka kemudiannya membuat temu janji pertama pada Disember 2016 dan telah melakukan hubungan seks sebanyak dua kali.
Sepanjang tempoh perkenalan, pasangan ini hanya berhubung melalui aplikasi Whatsapp dan panggilan video.
Teman lelaki yang dikenali sebagai Blade Silvano dikatakan menyembunyikan identitinya dengan menggunakan ‘objek yang tidak diketahui’ dan memakai baju t-shirt.
Namun, rahsia kekasihnya terbongkar pada September 2018 setelah akaun Facebook wanita berkenaan diselaraskan berdasarkan kenalan dan menunjukkan nama berbeza.
Pasangan berkenaan juga dikatakan pernah merancang untuk berkahwin, namun ditangguhkan kerana ‘masalah’ dialami pasangannya.
Menjawab kenyataan pihak pendakwa raya, wanita tersebut menafikan dakwaan bahawa hubungan mereka sebagai lakonan dan fantasi.
“Saya hanya mengenali Blade sebagai seorang lelaki,” katanya.
Blade kini dibicarakan di Mahkamah Mahkota Cambridge namun dia menafikan dua pertuduhan yang dikenakan terhadapnya. – JURNAL