Kecuaian kontraktor projek parkir bertingkat dikenal pasti sebagai punca insiden kren binaan tumbang atas landasan di Kilometer (KM) 355.749 antara Rawang dan Kuang sehingga mengakibatkan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengalami kerugian lebih RM2.4 juta pada 12 Disember tahun lalu.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata perkara itu dikesan hasil siasatan pihaknya selepas mendapati pihak kontraktor memasuki kawasan dilarang berhampiran landasan.
“Nilai kerugian akibat insiden ini ialah RM2,425,472,70 termasuk kos menyediakan bas untuk mengalihkan penumpang selain kehilangan dari segi perkhidmatan kargo.
“Insiden ini sangat serius dan saya juga sudah membentangkannya pada mesyuarat Jemaah Menteri semalam,” katanya pada sidang media hari ini. – JURNAL
Sumber: BERITA HARIAN