Seorang remaja tergamak meliwat rakannya berusia 16 tahun dalam sebuah tandas dan rakaman kejadian itu tersebar di media sosial.
Difahamkan, episod malang dialami remaja berkenaan terjadi di tandas awam dalam pusat sukan berhampiran Mak Mandin, Pulau Pinang pada Julai.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, siasatan awal mendapati mangsa sudah tidak lagi bersekolah sejak berumur 12 tahun.
“Mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk pemeriksaan lanjut doktor pakar.
“Rentetan kejadian, polis kemudiannya menahan seorang remaja berumur 14 tahun yang dipercayai suspek kejadian itu,” katanya.
Difahamkan, suspek yang juga keciciran persekolahan itu dibicarakan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan. – JURNAL
Artikel ini adalah kandungan di bawah segmen #PERISTIWA yang mengimbas laporan berita sensasi masa lalu dan terbitan pada tarikh sama seperti hari ini.