Jika di Malaysia, kedua-dua remaja ini masih dibangku sekolah menengah, masing-masing di tingkatan tiga dan lima.
Kedua-dua mereka menjadi suspek dan mengaku membunuh seorang wanita dan bayinya berusia sembilan bulan di Kampung Permatang Jaya, Riau, Indonesia.
Lebih menyayat hati apabila mayat Arita, 45 tahun ditemui dalam keadaan tanpa seluar serta bajunya terselak ke atas.
Manakala mayat bayi lelaki, Rizky Arma Farhan berusia sembilan bulan ditemui tidak jauh dari mayat ibunya.
Suami mangsa dikenali sebagai Masroni menyatakan kepada pihak berkuasa bahawa dia berada di kebun sewaktu kejadian.
Siasatan mendapati kedua-dua suspek mengaku memukul kepala dan leher mangsa sehingga berlumuran darah.
Leher mangsa juga dikatakan dijerut dengan getah tayar sebelum diseret ke semak samun belakang rumah.
Suspek kedua pula menekup mulut bayi sehingga lemas sehingga tidak lagi bernyawa dan kemudian dimasukkan ke dalam sebuah beg sebelum dibuang berdekatan mayat ibu.
Sumber memberitahu, suspek menyatakan bahawa mereka bertindak sedemikian atas rasa dendam kerana sakit hati sering dimarahi oleh suami mangsa. – JURNAL