Nur Dhabitah Sabri gagal melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Penerjun harapan itu gagal melangkah ke pentas akhir acara 3 meter (m) papan anjal individu wanita di Kejohanan Akuatik Dunia di Doha, Qatar pada Khamis.
Dhabitah menamatkan saingan di kedudukan ke-24 dengan 238.15 mata pada pusingan kelayakan.
Beliau ketinggalan 7.95 mata di belakang penerjun Sepanyol Maria Papworth Burrel yang berada di kedudukan ke-18 dengan mengumpul 246.10 mata.
Mengiringi kegagalan tersebut, rakan senegara Wendy Ng Yan Yee yang mengakhiri saingan kelayakan di kedudukan ke-38 dengan 216 mata keseluruhan.
Dhabitah sebelum ini terlepas tiket ke Paris acara 10m platform seirama bersama gandingan Datuk Pandelela Rinong.
Selain turut gagal meloloskan diri dalam saingan 3m papan anjal seirama wanita bersama Wendy. – JURNAL
Sumber: BERITA RTM