Polis mengesahkan membuka kertas siasatan berhubung satu kejadian membabitkan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan isterinya, yang rakaman video berkenaan tular di media sosial sejak semalam.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim memberitahu, kertas siasatan itu akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut dalam masa terdekat.
“Saya sahkan kita (polis) terima laporan dan kertas siasatan sudah dibuka.
“Kita akan rujuk kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya sebaik sahaja siasatan selesai dalam masa terdekat,” katanya.
Difahamkan kedua-dua pihak sudah dipanggil untuk memberi keterangan. – JURNAL
Sumber: Astro Awani