Setiap kali bulan Ramadan, kebab menjadi menu pilihan terutama bagi mereka yang meminati hidangan ayam dan daging.
Maka tidak hairanlah, Kebab Power In Town yang diusahakan Mohamad Syafiq Mohamad Yatim dan Mohamad Faiz Abd. Wahab terjual lebih 400 bungkus dalam tempoh tiga jam.
Menurut Mohamad Syafiq, istimewanya kebab ini adalah terletak pada intinya yang menggunakan resipi tersendiri dengan lima bahan masakan seperti lada hitam, serbuk kari dan herba yang dicampur sekali gus mampu membangkitkan selera mereka yang berpuasa.
“Inti kebab tersebut akan diperap antara dua hingga tiga hari dan diletakkan dalam peti sejuk beku sebelum dimasak bagi membangkitkan rasa keenakannya,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
Jelasnya, dia menjual kebab dalam tiga isian iaitu daging, ayam serta kambing dan setiap kebab dibalut dengan roti pita dijual antara harga RM6 hingga RM13.
“Alhamdulillah, jualan sangat memberansangkan ketika ini dengan lebih 400 kebab berjaya dijual dalam tempoh tiga jam dengan operasi niaga kami bermula pukul 3 petang hingga 10 malam sepanjang di bazar ini,” ujarnya. – JURNAL
Sumber: KOSMO!