Pempengaruh media sosial dan usahawan, Khairul Aming mencetus rasa kagum dalam kalangan warganet selepas berkongsi mengenai jualan Sambal Nyet Berapi selepas dua tahun.
“Hari ini genap dua tahun menjual Sambal Nyet Berapi dan in please to share with you guys yang total jualan kita telah mencecah RM21.5 juta. Which is bersamaan jualan sebanyak 1.5 juta botol sambal.
“Pada tahun pertama jualan kita adalah sebanyak RM7.5 juta (2021) dan tahun kedua meningkat kedua meningkat kepada RM14 juta.Jadi jumlah keduanya adalah RM21.5 juta,” katanya.
Selain itu, dia turut berkongsi momen terbaik sebagai pengusaha sambal apabila menerima dua anugerah daripada syarikat platform e-dagang, Shopee.
“Kita juga ada menerima dua special awards daripada Shopee, yang pertama adalah Best New Seller dan yang kedua adalah Best Custemer Service,” ujarnya.
Menerusi video tersebut juga, Khairul Aming juga berkongsi tips bagaimana dia mengekalkan perkhidmatan dan kualiti terbaik Sambal Nyet.
Sambal Nyet pernah mencatat jualan sebanyak 25,000 botol dalam masa sehari dan mengutip hasil jualan lebih RM375,000.
Terdahulu sempena ulang tahun kelahiran ke-30, Khairul Aming pernah berkongsi jatuh bangun dilaluinya sehingga bergelar usahawan sambal dan memiliki dua buah kilang.
Khairul Aming adalah ikon anak muda yang sentiasa menjadi inspirasi. – JURNAL