Pelawak kelahiran Singapura, Jocelyn Chia dikecam kerana membuat beberapa jenaka sensitif berkenaan negara Malaysia akui tidak pernah berdendam dengan negara ini.
Salah satu jenakanya adalah mengenai kehilangan pesawat Malaysia MH370, yang didakwa ‘tidak mendarat’ dengan mimik muka mengejek.
BACA: PRN: “Bertanding Saya OK, Tak Bertanding Pun Saya OK…” – Tengku Zaful
“Saya tidak berdendam dengan Malaysia, ia merupakan budaya biasa bagi pelawak untuk memanaskan penonton,” katanya.
Memetik laporan CNN, Jocelyn berkata, rutin lawaknya itu telah dilakukan lebih daripada seratus kali selama satu tahun setengah tanpa sebarang masalah.
Menurutnya, apabila segmen tertentu dikeluarkan dan dipendekkan menjadi klip video pendek untuk dimuat naik dalam media sosial, beberapa konteks penting telah hilang.
“Saya memang melakukan setiap jenaka saya dengan berhati-hati. Saya berpegang teguh dengan lawak saya secara keseluruhan apabila ia ditonton di dalam kelab komedi.
“Apabila difikirkan, menjadikan keseluruhan persembahan kepada satu klip video pendek untuk tontonan luar daripada kelab komedi adalah sangat berisiko,” katanya.
Jocelyn juga berkata, rakyat Singapura telah lama mempunyai saingan mesra dengan Malaysia dan itulah yang menjadi dasar jenaka itu.
“Saya tidak berdendam terhadap Malaysia. Ia juga merupakan budaya biasa bagi pelawak untuk ‘memanaskan’ penonton secara langsung.
“Ahli penonton Malaysia sering datang pada saya selepas selesai melakukan persembahan untuk memberitahu mereka menyukai pertunjukan saya,” ujarnya.
Tambahnya, ada juga ahli penonton Malaysia jelas menunjukkan mereka tidak tersinggung ketika datang kepadanya selepas melakukan persembahan.
Terdahulu, kerajaan Singapura memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas lawak melampau yang dibuat oleh Jocelyn.
BACA: Kerajaan Singapura Mohon Maaf Kepada Rakyat Malaysia Kerana Lawak Melampau Jocelyn
Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon berkata, beliau amat terkejut dengan kenyataan menyinggung yang dibuat oleh Jocelyn dalam satu persembahan komedi berdiri baru-baru ini.
“Kerajaan Singapura tidak boleh menerima sebarang kata-kata atau tindakan yang boleh mencetus kemudaratan atau mengguris hati perasaan orang lain.
“Jocelyn tidak lagi memegang kewarganegaraan Singapura dan kata-kata atau tindakannya sama sekali tidak mencerminkan pandangan Singapura,” katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini. – JURNAL
Sumber: KOSMO! ONLINE