Pelawak kontroversi, Jocelyn Chia mendakwa Malaysia bersikap pilih kasih kerana tidak mengambil sebarang tindakan terhadap vokalis The 1975, Matty Healy selepas bertindak biadap di pentas Festival Good Vibes 2023.
Jocelyn meluahkan rasa hairan dan mempersoalkan kerajaan Malaysia yang berlembut terhadap Matty sedangkan dia menjadi sasaran buruan pihak berkuasa negara ini sehingga mahu menggunakan khidmat polis antarabangsa.
Welcome Matty Healy to the gang of cool kids “canceled” by Malaysia lol
But wait a minute. Where are the calls for his arrest and Interpol to track him down for actually breaking Malaysian law while IN Malaysia? Has Malaysia gone soft? Or could it be.. Gasp.. No…what was it…
— Jocelyn Chia (@JocelynChia) July 22, 2023
“Selamat datang Matty Healy ke dalam senarai yang disekat oleh Malaysia. Bagaimanapun, mana arahan supaya dia ditahan dan Interpol digesa mengesan di mana dia berada kerana dikatakan melanggar undang-undang Malaysia ketika berada di negara itu?
“Adakah Malaysia telah berlembut, atau…
“Sebab dia orang kulit putih? Tak mungkin Malaysia double standard sekarang kan?”, ciap Jocelyn menerusi akaun Twitternya, @JocelynChia.
Sebelum ini, Jocelyn pernah mencetuskan kemarahan rakyat Malaysia dengan melakukan gurauan sensitif mengenai tragedi MH370, namun beliau seperti tidak berasa bersalah apabila masih menegaskan tindakannya adalah betul.
BACA: [V] Pelawak Singapura Perlekeh Dan Hina Malaysia, Undang Kemarahan Netizen
The 1975 pula dikecam teruk kerana dikatakan memegang botol arak ketika berada di atas pentas selain berkelakuan lucah dan membuat ucapan menghina undang-undang berkaitan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) semasa mengadakan persembahan di Festival Good Vibes Festival di Sepang, minggu lalu.
Susulan itu, Kementerian Komunikasi dan Digital melalui Jawatankuasa Permohonan Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara (JK-PUSPAL) membuat keputusan menyenarai hitam kumpulan muzik British itu daripada membuat sebarang persembahan di negara ini.
Menurut JK-PUSPAL, tindakan itu diambil berikutan The 1975 telah menghina, memperlekeh undang-undang negara dan melanggar tatasusila rakyat Malaysia ketika mengadakan persembahan. – JURNAL