Loya dan menjijikkan! Seorang pelanggan terjumpa puntung rokok di dalam makanan yang dipesan.
Walaupun kejadian tersebut berlaku pada Ramadan lalu, hantaran yang dimuat naik wanita tersebut di Facebook mula tular di laman sosial sejak semalam.
Menerusi posting yang dibuat pada 21 April lepas, Jannatul Asyikin turut meluahkan rasa kecewa apabila pengurus restoran seperti bersikap acuh tak acuh ketika dia mengadu mengenai perkara tersebut.
“Dengan ucapan maaf dan refund duit saja aku rasa mmg tak berbaloi sebab balik tu aku muntah and tak tahan meloya.
“Disebabkan tu aku rasa tak sedap perut sampai harini. Dan mohon maaf, manager dia ke sapa tah cakap tapi kak dah makan habis kan. So klu aku makan habis, wajar ka dalam makanan ada puntung rokok yang dah habis staff hang hisap,” luahnya.
Dalam hantaran sama, Jannatul turut menanda (tag) Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut, Pulau Pinang.
Tinjauan di ruangan komen mendapati, pengguna laman sosial Facebook turut mengecam restoran terbabit.
“Pengotor, gelinya! Buat benda makan kot!”
“Kembang tekak, tak mahu makan dah kat kedai tu!”
Antara reaksi yang ditinggalkan warga net pada ruangan komen. – JURNAL