Perdana Menteri kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri mahu kerajaan mengkaji secara serius aduan rakyat untuk membenarkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Ismail menerusi ciapan di Twitter berkata telah didatangi seorang wanita yang mengadu mahu mengeluarkan KWSP.
“Ada seorang Mak Cik datang mengadu kepada saya minta supaya kalau boleh mereka mahu keluarkan KWSP.
“Ramai yang mengadu kesukaran hidup akibat kos sara hidup yang kian meningkat ditambah dengan bebanan hutang dan lain-lain.
“Kerajaan perlu mengkaji secara serius aduan rakyat ini dan mencari kaedah bagi membenarkan mereka mengeluarkan KWSP mereka,” ciap beliau.
Di ruangan komen, ada yang kurang bersetuju dengan cadangan untuk membenarkan pengeluaran KWSP kali ini dan berpendapat rakyat tidak seharusnya dibantu menggunakan wang mereka sendiri.
Ada seorang Mak Cik datang mengadu kepada saya minta supaya kalau boleh mereka mahu keluarkan KWSP.
Ramai yang mengadu kesukaran hidup akibat kos sara hidup yang kian meningkat ditambah dengan bebanan hutang dan lain-lain. pic.twitter.com/kDyFSvUOLu
— Ismail Sabri (@IsmailSabri60) January 22, 2023
Pendapat netizen, kerajaan seharusnya mencari alternatif lain untuk membantu rakyat dan bersetuju dengan pandangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa kerajaan perlu menimbang nasib dan masa depan pencarum sebelum membenarkan pengeluaran khas sekali lagi.
Minggu lalu, sekumpulan pencarum meminta Anwar mempertimbangkan satu lagi skim pengeluaran awal KWSP sehingga RM30,000. – JURNAL