Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri baru-baru ini meluangkan masa bercuti di Dubai, Emiriah Arab Bersatu bersama keluarganya.
Berkongsi rasa bahagia kerana dapat bersama anak dan cucu, Ismail berkongsi hantaran di laman sosial Instagram.
Jelasnya, percutian bersama keluarganya itu baharu sahaja dapat ditunaikan selepas tiga tahun sibuk bekerja.
“Alhamdulillah, selesai bercuti bersama keluarga di UAE selepas tiga tahun tidak sempat bercuti kerana urusan kerja.
“Lapang kepala, tak serabut dengan masalah politik, tak serabut dengan masalah dalam kerajaan dan lain-lain.
“Ada cucu pula yang menjadi penghibur,” tulis beliau pada ruangan kapsyen.
Turut kelihatan dalam foto ketika beliau mengunjungi Dubai Park & Resort ialah isteri, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin, Dafi, Datin Nina, Datuk Jovian Mandagie (menantu) dan cucu, Jeanelle Nika.
Ismail Sabri merupakan Perdana Menteri ke-9 mulai Ogos 2021 sehingga November 2022 sebelum digantikan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Pilihan Raya Umum ke-15. – JURNAL