Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan memberi peringatan agar orang ramai tidak membuat spekulasi dan mencampuri urusan membabitkan keluarganya.
Katanya, individu yang berbuat demikian akan berdepan dengan tindakan undang-undang.
“Ini adalah masalah privasi keluarga. Jangan ada yang masuk campur. Jika ada yang membuat spekulasi akan berhadapan dengan tindakan undang-undang,” katanya ketika membalas soalan ditanya warga Twitter, pada Selasa.
Menerusi bebenang di Twitter, ramai yang mempersoalkan tentang pergaduhan yang berlaku di hadapan seorang kanak-kanak itu.
Rata-rata mereka bimbang kanak-kanak tersebut berdepan trauma.
Sejak semalam, tular di media sosial sejak tiga klip video pendek yang memaparkan pertelingkahan membabitkan seorang lelaki dan wanita serta seorang kanak-kanak lelaki.
Namun, tiada pengesahan perbalahan itu membabitkan diri atau keluarga beliau. – JURNAL