Kemesraan hubungan bersama suami, Aidil Aziz yang sering dikongsikan Fasha Sandha membuatkan aktres jelita itu sekali lagi dipilih sebagai duta produk jamu pengeluaran Inayah Beauty iaitu Beunita.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Inayah Beauty, Dini Qistina Latifi, masalah kebanyakan suami isteri di zaman kini yang sentiasa sibuk dengan kerjaya membuatkan ramai yang berdepan dengan kehambaran dalam perkahwinan dan pemilihan Fasha Sandha yang sentiasa menjaga keharmonian rumah tangga sesuai mewakili produk Beunita.
“Nak bercinta, mudah. Nak kahwin pun mudah. Tapi nak menjaga keharmonian rumah tangga memerlukan usaha dan kesungguhan daripada pihak suami dan isteri.
“Dan pihak Inayah melihat Fasha antara selebriti yang masih ada ‘spark’ dengan suaminya Aidil. Dan itu perkara yang sangat bagus kerana tidak semua pasangan yang sudah lama berkahwin mempunyai rasa itu.
“Beunita merupakan salah satu konsep produk kami juga, iaitu merapatkan hubungan intim antara suami isteri. Paling penting, kami juga memilih atas dasar Fasha seorang yang sangat komited. ,” katanya.
Tambah Dini, Fasha Sandha juga dipilih membawa nama Beunita kerana personaliti aktres ini yang terserlah kewanitaannya.
Proses pembuatan Beunita mengambil masa kira-kira empat bulan dan ia dihasilkan dengan mengambil kira setiap masalah para wanita dan menghasilkan satu produk yang dapat menyelesaikan masalah masalah tersebut.
“Sebelum itu, kami telah pun memberi Fasha mengamalkan jamu ini selama tempoh 1 bulan untuk merasakan keberkesanan produk baharu kami ini. Alhamdulillah, beliau bersetuju untuk berkerjasama setelah mendapat kesan yang positif.
“Setelah mendapat formulasi yang terbaik, kami pun sedia membuat pelancaran bersama Fasha Sandha,” tuturnya.
Sementara itu, menurut Fasha Sandha pula, sebagai seorang wanita yang bekerjaya, ibu dan juga isteri, sudah pasti dia memerlukan tenaga yang luar biasa supaya dapat menjalankan setiap tanggungjawab dengan baik.
“Bukan mudah untuk menjadi isteri, ibu dan pada masa sama wanita berkerjaya. Saya perlu mengimbangkan kehidupan harian saya.
“Saya juga perlu menjaga hubungan bersama suami. Alhamdulillah Beunita banyak membantu saya dalam memberi tenaga maksima menjadi wanita yang serba boleh.
“Sebagai duta Beunita, saya mahu membantu ramai para para wanita yang mempunyai masalah masalah yang membuatkan mereka hilang keyakinan diri,” katanya.
Beunita dilancarkan pada Sabtu lalu di Willow Hall, Forest Valley, Bandar Mahkota Cheras.
Pelancaran berkonsepkan “Puteri Perak” yang bermaksud, resepi asli jamu daripada 3 orang bidan Perak dengan menggunakan 20 bahan premium.
Selain itu, Inayah Beauty yang berasal dari Seri Manjung, Perak juga merupakan salah satu sebab mengapa “Puteri Perak” dijadikan sebagai konsep utama kali ini. – JURNAL