Jika tahun lalu berita kematian aktres Thailand, Tangmo Nida menimbulkan pelbagai spekulasi dalam kalangan warganet, baru-baru ini sekali lagi nama pelakon cantik itu kembali menjadi perbualan.
Warganet mendakwa Tangmo masih hidup susulan rakaman video dia sedang bercuti di Australia menjadi tular.
Mereka mendakwa, rakaman tersebut adalah yang terbaharu kerana ia tidak pernah dilihat di mana-mana media sosial sebelum ini.
Malah, ada juga khabar angin kononnya pelakon filem The Last Heroes itu telah dijual kepada seorang mafia luar negara yang tidak dapat dikenal pasti identitinya.
Sumber turut mendakwa mayat wanita yang ditemui oleh pihak polis di Sungai Chao Phraya pada 24 Februari lalu adalah bukan mayat mendiang Tangmo.
Dakwaan dan spekulasi, namun ada juga peminat meminta orang ramai menerima takdir pelakon itu sudah meninggal dunia.
“Kalau betul masih hidup biarlah dia teruskan kehidupan barunya. Tetapi kalau sebaliknya, kita kena terima juga.
“Semua orang masih mengharap yang Tangmo masih hidup. Tetapi kita kena terima dengan keputusan polis Thailand. Biarkan dia berehat di sana dengan tenang. Selepas apa yang rakan-rakan dia telah buat kepadanya,” komen netizen.
Pada Februari tahun lalu, Tangmo Nida dilaporkan terjatuh dari bot laju dan lemas di Sungai Chao Phraya berhampiran wilayah Nonthaburi di utara Bangkok selepas keluar makan malam bersama dengan lima orang rakannya.
Kesemua lima rakannya telah disoal siasat pihak polis Thailand kerana didakwa dengan pelbagai kesalahan termasuk kecuaian, berbohong dan menyembunyikan bukti. – JURNAL
Sumber: mStar Online