Skuad Harimau Malaya membuka era baharu di bawah kendalian jurulatih Pau Marti Vicente dengan penuh bergaya apabila berjaya menewaskan Filipina 2-1 dalam aksi Pestabola Merdeka di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) malam tadi.
Kemenangan ini memastikan Malaysia mara ke final buat kali kedua berturut-turut, setelah dikecewakan oleh Tajikistan di perlawanan akhir musim lalu.
Namun, perjalanan ke final tidak mudah.
Malaysia terpaksa bangkit selepas ketinggalan awal dalam perlawanan tersebut.
Walaupun masih merasai kehilangan bekas pengendali, Kim Pan-gon yang meletakkan jawatan pada Julai lalu, pasukan negara terus berusaha mencari gol pembukaan.
Beberapa percubaan awal gagal menemui sasaran, namun semangat juang mereka akhirnya membuahkan hasil. – JURNAL
Sumber: Harian Metro