SOROTAN MENARIK ISNIN 6/2/2023
#01: Lebih 6,000orang hadir pada program Nak Ubah Hidup 2023 (NUH 2023) anjuran RichWorks International (RichWorks) yang berlangsung di Setia City Convention Centre di sini bermula Sabtu lalu.
BACA: 6,000 Usahawan Bersemangat Mahu Jadi Jutawan – 70 Peratus Anak Muda Bangkit Ubah Taraf Hidup
#02: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengeluarkan 60 notis terhadap 296 jenis barangan yang telah diperiksa bagi tujuan analisis dan siasatan berhubung kenaikan harga sayur-sayuran melalui Operasi Pasar (Ops Pasar).
BACA: Ops Pasar: KPDN Keluarkan 60 Notis Siasat Kenaikan Harga Sayur
#03: Susulan dakwaan bekas isteri, Emilia Hanafi yang mendakwa hanya menerima RM6,000 nafkah untuk tiga orang anak mereka, pengerusi kumpulan Naza, Datuk SM Faizal SM Nasimuddin tampil mendedahkan beberapa bukti menangkis tuduhan tersebut.
BACA: Didakwa Cuma Beri Nafkah RM6,000 Sebulan Kepada Anak-anak, SM Faisal Buktikan Sebaliknya
#04: Satu video tular di media sosial TikTok kekecohan bergaduh mulut dipercayai antara pesakit dengan kakitangan di sebuah hospital kerajaan di Serdang, Selangor.
BACA: [V] Pesakit Mengamuk Di Hospital Serdang, Kena ‘Sidai’ Dari Jam 8 Pagi Hingga 7 Malam