Diperkenalkan dengan harga tidak melebihi RM5, ramai pembaca Jurnal Malaysia yang menyertai tinjauan pendapat (poll), menyokong sekiranya Menu Rahmah diperluaskan lagi ke kedai-kedai makan termasuk kafe-kafe di pejabat dan institut pengajian tinggi.
Keputusan tersebut berdasarkan data poll yang dikutip selama 48 jam di laman sesawang Jurnal Malaysia.
Seramai 89.66 peratus memilih patut manakala 10.34 peratus lagi sebaliknya. – JURNAL