Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin menafikan kediamannya telah diserbu Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada Selasa lalu.
Sebaliknya Setiusaha Agung Perikatan Nasional (PN) tersebut mendakwa ia merupakan fitnah yang ditujukan terhadap beliau menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri tidak lama lagi.
”‘Serbu’ itu bagaimana maksudnya? Saya tidak mahu menjawab fitnah dan berita yang tersebar luas ini.
“Sudah banyak fitnah dilakukan terhadap saya,” katanya ketika ditemui selepas pelancaran Jentera Pilihan Raya PN peringkat Marang di Binjai Rendah pada malam Jumaat.
Terdahulu media melaporkan melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu beliau tidak dimaklumkam tentang penggeledahan kediaman Hamzah terbabit.
Sebaliknya, beliau menyerahkan urusan tersebut kepada LHDN dan badan penyiasat untuk melakukan siasatan.
Sebelum ini, kediaman Ahli Parlimen Larut berkenaan dikatakan telah diserbu LHDN bagi membantu siasatan kes cukai yang didakwa ttidak dilaporkan.
Sehubungan itu, Hamzah memberi amaran untuk mengambil tindakan perundangan terhadap pihak yang menyebarkan dakwaan kononnya kediamannya diserbu LHDN itu. – JURNAL
Sumber: KOSMO! ONLINE