Personaliti media sosial dan usahawan, Hafiz Mahamad menawarkan bas percuma kepada mereka yang ingin balik kampung sempena Aidilfitri ini.
Hafiz dalam satu hantaran di laman Instagram berkata, pada tahun ini dia akan memperkenalkan sistem belian tiket secara online untuk melancarkan lagi urusan.
“Saya akan sediakan 10 bas untuk sahabat yang memerlukan balik raya tahun ini. Disebabkan setiap tahun kita buat ni, saya akan beli sistem ticket online untuk mudahkan awak register nanti tau.
“Saya dah lama tak rehat, Insya-Allah bantuan ini saya anggap reward buat diri saya dan team untuk Ramadhan ni,” katanya.
Dalam pada itu Hafiz memohon orang ramai mendoakan usahanya dan pasukan kerana bukan mudah untuk mengusahakan projek tersebut.
“Saya tak minta apa-apa dari awak selain doakan usaha dan kudrat kami untuk ramadhan ni. Dah berapa bulan saya kerja tanpa rehat.
“Ramadan ni, saya tak tahu ramai tak nak nak tengok hasil kerja kami. Penat kami hasilkan ni. Untuk buat perkara “real” bukan mudah, berbulan saya ambil masa untuk hasilkan ini,” ujarnya.
Selain itu, Hafiz berkata dia akan mengemas kini maklumat tentang tiket kemudian.
Di ruangan komen, rata-rata meluahkan rasa tidak sabar untuk mendapatkan tiket bas dan pulang ke kampung.
Mereka juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada tajaan tersebut selain mendoakan usahawan itu akan terus dimurahkan rezeki.
“Terbaik semoga urusan dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki yang melimpah ruah.
“Alhamdulillah, semoga perniagaan Hafiz bertambah maju dan Allah murahkan rezeki yang melimpah ruah.
“Terima kasih tuan taja bas untuk rakyat pulang beraya, moga terus dimurahkan rezeki,” antara komen-komen yang ditinggalkan pengikut.
Tahun lalu Hafiz menaja sebanyak 12 buah bas persiaran bagi kegunaan orang ramai untuk pulang beraya di kampung halaman masing-masing. – JURNAL