Memenangi sesuatu pertandingan, pasti akan ada habuannya, tidak kira apa juga pertandingan sama ada menyanyi, bersajak, berlawak, ataupun pertandingan sukan pasti akan ada hadiah yang menarik untuk dimenangi.
Tambah pula, yang menyertai adalah kanak-kanak jadi hadiah yang ingin dimenangi haruslah menarik dan berbaloi untuk mereka sertai.
Baru-baru ini, menjadi bualan mulut netizen apabila isu hangat mengenai wang hadiah yang tidak setimpal diperolehi kanak-kanak yang tular di laman media sosial Facebook itu.
Perkongsian di media sosial tersebut, memaparkan seorang kanak-kanak telah memenangi wang tunai sebanyak RM 10 dalam Junior Cycling Malaysia bagi bawah 9 tahun.
Perkara tersebut mencetuskan rasa ketidakpuasan hati netizen yang melihat kerana wang tunai yang diperolehi tidak sepadan dengan usaha yang diberikan kepada peserta dalam pertandingan tersebut.
“Papan cek replika tu lagi mahal daripada hadiah,” sindir mereka.
“Penganjur ni yang tak guna akal.. dapat penaja lumayan, buat program besar. Walaupun nak wujudkan semangat kesukanan, tapi hadiah janganlah melepas batok di tangga asal ada. Akhirnya wang tajaan yang dapat tu masuk poket penganjur sendiri, memalukan!” memetik komen ditinggalkan.
“Semoga tahun depan akan adalah hendaknya penganjur yang lain,” ujar mereka.
Apa-apa pun, jika dilihat dari jumlah wang yang dimenangi itu memang tidak setimpal, akan tetapi semuanya bergantung kepada penganjur acara tersebut. – JURNAL