Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan hari ini mengisytiharkan darurat selama tiga bulan di 10 wilayah yang terjejas teruk akibat gempa bumi kuat, pada Isnin lalu.
Erdogan dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu diambil bagi memastikan operasi mencari dan menyelamat (SAR) serta kajian selepas bencana dapat dijalankan dengan cepat.
Menurut Erdogan lagi, sebanyak 53,317 anggota mencari dan menyelamat serta kakitangan sokongan sedang giat menjalankan usaha SAR di kawasan terlibat.
Sebelum ini, Erdogan turut mengisytiharkan tempoh berkabung selama tujuh hari susulan kejadian gempa bumi dahsyat itu.
Terdahulu, angka kematian yang direkodkan akibat gempa bumi yang melanda selatan Turkiye semalam meningkat kepada meningkat kepada lebih 3,800 orang, manakala beribu-ribu mangsa alami kecederaan.
Gegaran pada magnitud awal 7.8, berpusat 33 kilometer dari barat bandar Gaziantep meruntuhkan ribuan bangunan ketika orang ramai sedang tidur iaitu pada pukul 4.17 pagi (waktu tempatan). – JURNAL
Sumber: KOSMO! ONLINE