Berkurun lama terpisah, seorang gadis belasan tahun akhirnya berjaya menjejaki ayah kandungnya yang sebelum ini dikatakan telah mati.
Tidak didedahkan identitinya atas alasan perundangan, remaja perempuan terbabit diberitahu bahawa ayahnya mati dibunuh dalam satu kejadian.
Disebabkan itu, dia tekad mencari kebenaran dengan menyiasat kematian ayahnya di media sosial berinspirasikan program realiti Long Lost Family.
Amat mengejutkan, penyiasatan tersebut bukannya berjaya menemukan pembunuh yang dicari, malah mengetahui sebenarnya si ayah masih hidup.
Kemudian, dua beranak itu dipertemukan dan menjalani kehidupan bersama dengan satu ikat yang sangat akrab.
Namun, terjadi sesuatu yang menjijikkan apabila mendapati mereka berdua sepanjang hidup bersama telah aktif melakukan hubungan intim sebaik gadis berkenaan mencecah umur 18 tahun.
Dek tindakan tidak bermoral itu, mereka dihadapkan ke Mahkamah Diraja Swansea dan si bapa dijatuhi hukuman penjara kerana menyalahi undang-undang.
Namun, si anak enggan menyokong dakwaan yang dikenakan ke atas bapanya, bahkan merayu kepada hakim supaya bebaskan mereka.
Dia memberi alasan, tarikan genetik yang tercetus antara mereka berdua menjadi penyebab utama dan terlalu menyayangi lelaki itu. – JURNAL