QL Resources Bhd (QL) selaku pemegang francais induk FamilyMart Malaysia telah mengarahkan kesemua 360 cawangan miliknya berhenti menjual minuman alkohol sejak Mac lalu.
Pengarah Urusannya, Chia Lik Khai, berkata, keputusan itu dibuat bagi membolehkan ia mendapatkan pensijilan halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
“Ia sekali gus menjadikan FamiCafé sebagai kafe kedai serbaneka pertama di Malaysia yang diiktiraf halal.
“Dengan itu, pelanggan FamiCafe boleh berbelanja, di samping menjamu selera tanpa was-was dalam premis kami.
“Keputusan kami mendapatkan pensijilan halal adalah langkah ke hadapan dalam memberikan jaminan dan keyakinan yang lebih utuh kepada pelanggan.
“Penghentian ini cuma memberi kesan kecil kepada hasil kewangan kumpulan syarikat sementelah merekodkan sumbangan peratusan terendah ke atas jualannya.
Dalam pada itu, Lik Khai berkata, pihaknya menyasarkan untuk membuka 50 FamiCafé menjelang akhir tahun ini. – JURNAL
Sumber: BERITA HARIAN