Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil bersetuju dengan pandangan agar fungsi Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) di bawah Kementerian itu dirombak.
Menurutnya, perkara itu telah diteliti sebelum isu ‘Langkah Dubai’ dibangkitkan.
“Saya sudah meneliti semula fungsi J-KOM oleh kerana tempoh masih awal untuk saya buat apa-apa pengumuman, tetapi kita memang lihat perlu ada penyesuaian beberapa fungsi dan tugas selaras hasrat Kerajaan Madani,” katanya di sini pada Rabu. – JURNAL
Sumber: SINAR HARIAN