Pendakwah bebas, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew memfailkan saman fitnah terhadap penyanyi rap Caprice dan pempengaruh media sosial berasal dari Indonesia, Mondy Tatto.
Ebit menerusi laman sosial Instagram (IG)nya memuat naik foto bersama peguam terkenal, Datuk Akberdin Abdul Kader.
Menerusi ruangan kapsyen, Ebit memberitahu saman fitnah telah difailkan di Mahkamah Shah Alam melalui peguamnya itu.
Tindakan saman tersebut dipercayai berkaitan dengan beberapa siri kontroversi yang dikaitkan dengan dirinya, melibatkan Mondy dan Caprice.
Terdahulu, media melaporkan polis telah mengesahkan pendakwah terkenal, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew turut disiasat dibawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol atas laporan yang dibuat oleh Mondy Tatto baru-baru ini.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, setakat ini pihaknya telah memanggil 13 saksi berhubung kedua-dua kes tersebut.
Katanya, lima hari sebelum Ebit Lew membuat laporan polis, pihaknya turut menerima satu laporan polis dakwaan rogol terhadapnya. – Jurnal